God's creatures...

God's creatures...
Sentiasalah dan tetaplah bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang kita miliki di dunia ini. Ianya hanya sementara, dan tiba masa nanti ia akan pergi kerana tiada istilah kekal di dunia ini...:D

Sunday 2 September 2012

Mood dari Kampung.. Happy or Sad?

Hai, semua.. Lama benar tidak update blog ni. Almaklumlah, seronok sangat bercuti bermula 20 Ogos hari tu sampailah kelmarin, 1 September. Cuti kali ni memberi makna yang sangat mendalam kepada saya. Ya! Sangat mendalam dan bermakna. Kegembiraan dan kesyukuran di hati tidak terkira. Syukur kepada Tuhan :D. Percutian kali ini bermula dengan bercuti di kampung iaitu rumah sendiri. Ramai sanak-saudara yang balik dan pada waktu itulah kami berjumpa antara satu sama lain. Saling bertukar cerita dan pengalaman, bermesra dengan saudara-saudara yang sangat jarang berjumpa, bertanyakan khabar dan adakalanya sukar mengenali saudara mara yang sudah lama tidak terjumpa.
Gembira bercampur teruja lagi dengan kehadiran si dia di kampung saya. Apa yang mengharukan, dia begitu sanggup meredah beratus-ratus kilometer untuk ke tempat saya dan tinggal beberapa hari di rumah saya tanpa sebarang sungutan. Daddy dan mummy pula dapat menerima kehadiran dia dalam keluarga dengan baik, walaupun pada ketika ini kami masih belum ada apa-apa ikatan. Terima kasih kepada ibu bapa yang memahami dan merestui hubungan kami :D.
Seperti biasa, majlis kecil-kecilan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana berkumpul bersama-sama dengan sanak-saudara. Majlis yang diadakan sungguh meriah dan saya tidak takut kerana kesemua yang menghadirinya adalah terdiri daripada saudara-mara saya dan termasuk si dia (selalunya majlis di majlis keramaian lain, saya akan takut kerana kehadiran orang-orang yang tidak saya kenali hehehe ) Setelah beberapa hari berada di kampung, saya dan dia pula balik ke kampungnya. Untuk PBS kali ini, saya memilih sekolah yang terletak di kampung dia. So, saya kena berkampung di sana untuk melaksanakan PBS saya kali ini.
Baru saya tahu dan merasa bagaimana jauhnya dia meredah jalan untuk menemui saya. Kami mengambil masa selama 8 jam untuk sampai ke kampungnya. Syukur akhirnya kami sampai dengan selamat. Syukur kepada Tuhan  kerana keluarganya dapat menerima dan melayan saya dengan baik. Sebenarnya, ini adalah kali kedua saya ke rumahnya. Saya rasa sungguh gembira kerana berpeluang berjumpa dengan saudara-maranya. Saya belajar menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di sana. Di sana, saya menjalankan PBS dengan happy. Kesemua guru dan kakitangan sekolah sangat ramah dan baik. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk berPBS di sana. Tidak banyak aktiviti di rumah yang dapat saya lakukan. Selalunya, masa-masa minggu begitu di rumah, semua orang akan sibuk, termasuk saya. Selama seminggu berada di sana, saya menghabiskan masa di sekolah pada paginya, petangnya pula tidur dan malamnya pula menonton televisyen atau bermain game di laptop, diselang-selikan dengan mengait alas untuk kereta Rumael. Pada hujung minggunya pula, saya menghabiskan masa mengaitkan alas tersebut hinggalah siap. Segala rasa penat dan lelah tidak terbanding dengan kepuasan melihat hasil yang saya lakukan. Saya gembira Rumael berpuas hati dan gembira dengan apa yang saya dapat lakukan untuknya :D. 
Namun, tidak semuanya manis semasa dalam percutian kali ini. Saya tidak dapat terima apabila terjumpa segala benda yang berkaitan dengan his ex. Hati begitu sakit dan terguris tatkala melihat surat-surat dan gambar-gambar his ex masih dalam simpanannya. Saya menyuruhnya membuang semua itu..sebab saya tidak sanggup melihat semua itu. Dia tidak tahukah perasaan saya bila melihat semua itu? Sedangkan dia juga begitu marah bila melihat saya masih menyimpan gambar saya meskipun gambar saya sedang berseorangan tetapi pada ketika itu sedang bersama-sama dengan bekan teman lelaki saya. Apatah lagi dia yang menyimpan gambar bekas teman wanitanya :'(...
Tapi, saya memujuk hati saya. Saya berkata pada diri saya, inilah yang perlu saya tempuhi dan cuba atasi perasaan itu demi mempertahankan hubungan kami :). Inilah risiko yang perlu saya hadapi bila bersam-sama dengan orang seperti dia :). Saya kena terima dia seadanya, yang sekarangnya dan bukan yang dulunya..
Apa yang penting di sini ialah, sikap jujur dan saling mempercayai antara satu sama lain. Ya, saya percaya dia tidak akan melakukan sesuatu yang menyakitkan saya.
Tapi, sifat berjaga-jaga itu perlu sentiasa ada :).
Apa yang paling saya harapkan ialah kesetiaan, kejujuran dan cinta daripada si dia :D. Saya juga berharap dia dapat menerima diri saya seadanya.......

No comments:

Post a Comment