God's creatures...

God's creatures...
Sentiasalah dan tetaplah bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang kita miliki di dunia ini. Ianya hanya sementara, dan tiba masa nanti ia akan pergi kerana tiada istilah kekal di dunia ini...:D

Saturday 5 July 2014

Hai, Semester 6!

Hai, tidak terlambat lagi rasanya meng'hai'kan diri pada semester 6 ni. Nampaknya ada setahun lebih lagi untuk dihabiskan di sini. Sedar tidak sedar sudah empat tahun berada di Johor. Banyak kenangan manis tidak kurang juga kenangan pahit yang dilalui semasa di sini. Okay lah, nanti sambung lagi cerita. Saya mau tidur suda ya...xoxo!

Saturday 19 October 2013

Going back to Sabah...

Hari ni, balik Sabah. Yay! Sebabnya harga tiket flight memang murah dan yang paling penting mau jumpa dengan Hubby. Hehehe. Dari Batu Pahat ke Skudai dan dari Skudai ke Senai Airport. Semuanya ambil masa selama 2 jam sahaja. Good timing. Tapi telampau awal pula. So, sambil tunggu flight tu, main game Candy Crush Saga. Tengah siok2 main tu, entah macam mana tetiba TERuninstall pula game CCS tu. Aduih. Mau install balik pun susah sebab broadband masa ni memang ciput. Aduiii. Jadi, akhirnya duduk diam termenung sambil dengar lagu saja la. Tengok orang lalu lalang dan buat entry blog untuk yang sekarang. Hehe. Ok. Semoga semuanya selamat. Amin.

Tuesday 15 October 2013

Forever Alone.

This is the fourth day ive been alone. Haha. Quite good i think. I like to be alone. Yay!

Monday 14 October 2013

Alone again..

Today, just woke up from sleep. Feel nothing to do today. Im alone. I missed my family damn much. And him. Time please go fast so i can meet them quickly.

Thursday 9 May 2013

Exam semakin menghampiri. Saya? Buat derk saja. Tapi, sebenarnya sedang bertungkus lumus meng'cover' bab2 dalam EDU3104. Huhuhu.. Sedang membaca-baca buku ni, tiba-tiba teringat blog saya yang telah lama kesepian ni hehe.. Bukan apa, sejak keyboard rosak hari tu, di sanalah timbul semangat mau menaip itu ini. Idea pula mencurah-curah. Lepas tu,bila rasa susah menaip suda, macam malas suda mau menaip di laptop ni. Tapi, bila keyboard suda ok, idea yang mencurah sebelum ni hilang entah ke mana. Haha! Oklah. Study lagi jap. Lepas ni boleh mandi dan tidur.. Bye!

Thursday 7 March 2013

KOT-20 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan  (KOT) kali ke-20 pada tahun 2013 ni diadakan di kampus saya pada 5,6 dan 7 Mac 2013. Masa ni lah saya banyak membantu rakan-rakan sekelas dengan membuka gerai jualan bagi menampung perbelanjaan kami ke Singapura kelak. Fuh! Memang berbaloi kepenatan dan kesibukan yang saya alami. Sebabnya, untung yang kami dapat memang banyak. Kebab, Cendawan Goreng, Cincau dan sebagainya menjadi menu jualan kami. Memang hebat... Bagi saya yang tidak pernah menjual makanan apatah lagi di gerai. Inilah antara pengalaman saya yang paling syok. Seronok dapat bersama-sama kawan-kawan melakukan kerja dan akhirnya mendapat pulangan yang lumayan juga. Sangat bersyukur kerana mendapat rakan-rakan yang saling bantu-membantu dan mengambil berat walaupun kadangkala ada segelintir yang @#$%^&*..Hahahahah!
KOT kali ni sudah tentulah saya and the gang yang menyanyikan lagu perasmian KOT. Kali ni, masuk tahun ketiga saya menjadi penyanyi jemputan tidak bergaji di tengah padang di bawah panas terik matahari. Fuh! Sabar sajalah. Bukan tidak sudi dan tidak mahu, tetapi sekurang-kurangnya saya diberi penghargaan...Tidak kisahlah dari segi bentuk apapun. Asalkan ikhlas..Hahaha! Bukan apa, cuma kadangkala saya rasakan diri ni macam alat yang apabila perlu akan dipanggil dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Hei.. Entahlah!
Semenjak insiden hari itu, saya rasa hidup semakin tidak seronok. Macam ada saja yang tidak kena. Itu tidak kena, ini tidak kena. Entahlah..Heiii! Rasa bersalah tu memang sentiasa ada. Kalau orang cakap, " Lupakan kisah yang lepas, tidak ada gunanya mengenang kejadian yang telah berlaku..", tetapi bagi saya, saya sukar lupakan kisah lalu. Apatah lagi jika kejadian tu benar-benar menyentuh perasaan dan tetap dalam ingatan. Hmm..Susahnya jadi anak mummy ni. Semua pun saya ikut dari mummy. Mummy ni jenis orang yang sukar lupakan benda-benda lama. Apatah lagi perbuatan atau kelakuan orang lain yang menyakitkan hati dia..Isk3!
Okaylah, saya mahu rehatkan badan dan tenangkan minda...Mau tidur dulu k. XOXO!

Friday 2 November 2012

Exam Hari Kedua

exam hari kedua suda berakhir. syukur masih dapat jawab dengan baik (i guess..lol).
banyak soalan lebih kepada common sense,so jawab apa yg terfikirkan tadi sahajalah. selepas sahaja selesai menjawab tadi, pergi ke kantin dan beli lauk. balik dorm dan masak nasi. terus buka laptop. entah apa yang mau dilakukan. mau study pun belum ada mood. esok adalah paper PSV1. lusa pula PSV2. aishh! cepat2lah masa berlalu. supaya tidak perlu ada perasaan risau dan malas belajar hahahah! oklah. sampai sini saja kali ni. malas mau menaip bah! see ya!

Thursday 1 November 2012

Study Week!

Sepanjang stdy week ni, saya tidaklah belajar atau study sesangat. Saya hanya study apa yang perlu. Malaslah mau habiskan satu buku Murid dan Alam Belajar tu. Yalah, salah saya juga tidak belajar dari awal. Tapi, orang kata, 'study smart' bukan 'study hard'.. Itulah dia. Hehehe..
Okaylah, saya mau sambung study dulu k..

Friday 12 October 2012

one Moments

erm...xda apa2 yg best utk saya post kali ni. cuma sekarang happy sebab..?sebab..xdalah tu..heheheh..
minggu ni adalah minggu yang terlast utk kuliah. so, kebanyakannya student balik kampung. next week pula xda kuliah. itulah yang dipanggil study week. hehehe..
selepas stdy week,final exam pula akan tiba..okay..nanti sambung..

Saturday 8 September 2012

Exhausted!

Selama seminggu bertarung dengan assignment yang berlambak. Semalam (Jumaat), saya macam lipas kudung lari sana sini pasal hantar assignment. Bukan lambat siap, tapi lambat binding. K.O mau hand in assignment dengan lecturer pukul 12 noon, tapi kedai binding pula kata hanya boleh ambil assignment yang kena bind selepas pukul 12 pula. Boleh bayangkan x?huhu..Petangnya pula ceramah BIG Fasa II di Dewan Seri Budiman dari pukul 2.30pm sampailah 5.30pm! Kesian lecturer yang bagi ceramah tu. Saya sudahlah letih dan mengantuk, mana ada mood lagi mau dengar ceramah. Sorry incik....
Urm3..Pagi tadi pula, saya ikut bengkel buat blog kat Bilik Persidangan,IPTHO. Alaa, saja ikut. Sebab akan dapat sijil. Sebab sijil tu ja saya ikut. huhuhu..Tapi, berbaloi juga selain dapat sijil. Terkata pasal sijil, entah bilalah sijil KAGUM sampai kat saya? Dah berbulan-bulan tunggu, xda yang kunjung tiba. Berita pun tarak..Hmm.. Sama juga dengan sijil BOTB kat IPTHO. Belum dapat2 lagi..huaa..
Okaylah, sambung pasal bengkel k..hehe..Bengkel yang pertama kali ni adalah Fasa 1. Fasa 2 pula akan menyusul. Hahh..Fasa 2 lah lecturer tu akan tunjuk bagaimana untuk 'canggihkan' blog...Huhu..
Yalah,saya ni bukannya cun dan tahu-menahu sangat pasal blog ni. Buat blog yang ni pun sebab saya yang suka explore benda-benda baru kat internet. Alahh,bukan benda baru pun..hhahaha!
Pastu, siap ja bengkel, balik dorm terus buat assignment lagi! Sebelum tu, sms dengan si dia. Bagitau ngan dia, saya dah siap bengkel. Dia pula bagitau sedang dalam perjalanan ke sungai mau memancing...(ohhhh...)
Okaylah, pasal assignment pula..hehehe..
Kali ni kena siapkan PSVII pula. Banyak sangat lecturer tu minta. Tapi, xpa. Saya akan buktikan yang saya dapat lakukan apa saja..Waseyyy! Hahah!
Salah satu tugasan dalam PSVII ni, cara-cara pembikinan karya tu kena ada dalam bentuk video atau gambar-gambar (slideshow). Saya pilih video...So, saya rakamlah langkah-langkah pembuatan karya saya tu. Boleh pula, tengah siok2 rakam, camera habis battery! Hancusss!
Hilang semangat tross...uhuk2..Sementara tunggu battery camera full, saya pun call la si dia. Rupanya masih memancing lagi. Saya pun off call, pastu naik boring pula. Tidak tau apa mau buat. Hmm..

Sunday 2 September 2012

Mood dari Kampung.. Happy or Sad?

Hai, semua.. Lama benar tidak update blog ni. Almaklumlah, seronok sangat bercuti bermula 20 Ogos hari tu sampailah kelmarin, 1 September. Cuti kali ni memberi makna yang sangat mendalam kepada saya. Ya! Sangat mendalam dan bermakna. Kegembiraan dan kesyukuran di hati tidak terkira. Syukur kepada Tuhan :D. Percutian kali ini bermula dengan bercuti di kampung iaitu rumah sendiri. Ramai sanak-saudara yang balik dan pada waktu itulah kami berjumpa antara satu sama lain. Saling bertukar cerita dan pengalaman, bermesra dengan saudara-saudara yang sangat jarang berjumpa, bertanyakan khabar dan adakalanya sukar mengenali saudara mara yang sudah lama tidak terjumpa.
Gembira bercampur teruja lagi dengan kehadiran si dia di kampung saya. Apa yang mengharukan, dia begitu sanggup meredah beratus-ratus kilometer untuk ke tempat saya dan tinggal beberapa hari di rumah saya tanpa sebarang sungutan. Daddy dan mummy pula dapat menerima kehadiran dia dalam keluarga dengan baik, walaupun pada ketika ini kami masih belum ada apa-apa ikatan. Terima kasih kepada ibu bapa yang memahami dan merestui hubungan kami :D.
Seperti biasa, majlis kecil-kecilan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana berkumpul bersama-sama dengan sanak-saudara. Majlis yang diadakan sungguh meriah dan saya tidak takut kerana kesemua yang menghadirinya adalah terdiri daripada saudara-mara saya dan termasuk si dia (selalunya majlis di majlis keramaian lain, saya akan takut kerana kehadiran orang-orang yang tidak saya kenali hehehe ) Setelah beberapa hari berada di kampung, saya dan dia pula balik ke kampungnya. Untuk PBS kali ini, saya memilih sekolah yang terletak di kampung dia. So, saya kena berkampung di sana untuk melaksanakan PBS saya kali ini.
Baru saya tahu dan merasa bagaimana jauhnya dia meredah jalan untuk menemui saya. Kami mengambil masa selama 8 jam untuk sampai ke kampungnya. Syukur akhirnya kami sampai dengan selamat. Syukur kepada Tuhan  kerana keluarganya dapat menerima dan melayan saya dengan baik. Sebenarnya, ini adalah kali kedua saya ke rumahnya. Saya rasa sungguh gembira kerana berpeluang berjumpa dengan saudara-maranya. Saya belajar menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana di sana. Di sana, saya menjalankan PBS dengan happy. Kesemua guru dan kakitangan sekolah sangat ramah dan baik. Saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk berPBS di sana. Tidak banyak aktiviti di rumah yang dapat saya lakukan. Selalunya, masa-masa minggu begitu di rumah, semua orang akan sibuk, termasuk saya. Selama seminggu berada di sana, saya menghabiskan masa di sekolah pada paginya, petangnya pula tidur dan malamnya pula menonton televisyen atau bermain game di laptop, diselang-selikan dengan mengait alas untuk kereta Rumael. Pada hujung minggunya pula, saya menghabiskan masa mengaitkan alas tersebut hinggalah siap. Segala rasa penat dan lelah tidak terbanding dengan kepuasan melihat hasil yang saya lakukan. Saya gembira Rumael berpuas hati dan gembira dengan apa yang saya dapat lakukan untuknya :D. 
Namun, tidak semuanya manis semasa dalam percutian kali ini. Saya tidak dapat terima apabila terjumpa segala benda yang berkaitan dengan his ex. Hati begitu sakit dan terguris tatkala melihat surat-surat dan gambar-gambar his ex masih dalam simpanannya. Saya menyuruhnya membuang semua itu..sebab saya tidak sanggup melihat semua itu. Dia tidak tahukah perasaan saya bila melihat semua itu? Sedangkan dia juga begitu marah bila melihat saya masih menyimpan gambar saya meskipun gambar saya sedang berseorangan tetapi pada ketika itu sedang bersama-sama dengan bekan teman lelaki saya. Apatah lagi dia yang menyimpan gambar bekas teman wanitanya :'(...
Tapi, saya memujuk hati saya. Saya berkata pada diri saya, inilah yang perlu saya tempuhi dan cuba atasi perasaan itu demi mempertahankan hubungan kami :). Inilah risiko yang perlu saya hadapi bila bersam-sama dengan orang seperti dia :). Saya kena terima dia seadanya, yang sekarangnya dan bukan yang dulunya..
Apa yang penting di sini ialah, sikap jujur dan saling mempercayai antara satu sama lain. Ya, saya percaya dia tidak akan melakukan sesuatu yang menyakitkan saya.
Tapi, sifat berjaga-jaga itu perlu sentiasa ada :).
Apa yang paling saya harapkan ialah kesetiaan, kejujuran dan cinta daripada si dia :D. Saya juga berharap dia dapat menerima diri saya seadanya.......

Thursday 9 August 2012

sangat letih..beberapa hari ni, saya dgn rakan sekumpulan Literasi Bahasa bertungkus lumus menyiapkan tugasan kami..fuh!!!
jarang berhubung dengan si dia lagi. sebabnya, saya sangat sibuk....
xpa,berususah2 dahulu kan?hehehe...

11 hari lagi balik kg..oh yeahh!!

miss u so much...!! >_<

Wednesday 8 August 2012

Assignment,assignment dan assignment lagi..

hai..hari ni saya awal bangun macam biasa. bersedia ke kuliah. kelas hari ni sedikit sahaja.ada lecturer yang tidak ada.kami pun anjak la kelas2 yang ada pada hari ni. so, awal habis kelas..hehehe..
habis ja kelas, saya balik ke bilik dan terus buat assignment yang perlu dihantar sebelum cuti menjelang. fuh!! memang penat la..
tambah penat dan letih layan karenah si dia..aduhh!

ok lah..tu saja untuk hari ini..banyak kerja kena siapkan hehehe..

bye..sehingga berjumpa lagi :D

Friday 3 August 2012

Saya & Crochet

Hai,semua... :D Apa khabar hari ini? Semoga semuanya sihat dan ceria.
Kali ni saya mahu ceritakan sedikit berkaitan dengan pengalaman dan kegemaran saya iaitu 'crochet' atau dalam bahasa Melayu, 'kursye'. Saya telah berjinak-jinak dengan crochet semenjak berumur 7 tahun. Sekarang umur sudah masuk 20 tahun! Dan, saya rasa sangat bersyukur kerana kalau bukan tunjuk ajar emak saya dahulu, saya tidak dapat pergi sejauh ini dalam bidang mengait :D..
Masih saya ingat lagi masa itu, emak saya sangat suka mengait alas meja, alas televisyen dan sebagainya. Manakala, saya pula pada waktu itu hanya 'membantu' mengait 'chain' atau rantai sahaja..hahahaha..Saya bukannya membantu, cuma cuba-cuba mengait rantai menggunakan benang yang telah dibuang atau tidak digunakan oleh emak saya lagi.
Pada mulanya, amat janggal untuk mengait, tetapi tidak lama kemudian, dalam masa beberapa hari sahaja saya dapat menyesuaikan diri dengan jarum kait dan benang kait. Apa lagi, saya pun mulalah membuat rantai yang panjang daripada benang yang masih lagi digunakan oleh emak saya. Oleh kerana saya tidak berhenti dan kelihatan amat berminat dengannya, dan mungkin emak saya lihat saya amat berminat dengan mengait ini, emak saya pun mengajar sedikit demi sedikit sehinggalah saya pandai...bukan pandai apapun. Cuma pada waktu itu, emak saya hanya mengetahui step 'Double crochet' dan 'Triple crochet' sahaja. Tapi, thanks to my mum. Sebab, kalau bukan kerana beliau yang mengajar saya asas mengait ini, sudah tentu saya tidak tahu sampai sekarang, dan mungkin amat sukar untuk belajar kalaupun saya bermula dari sekarang...Kan?hehehe..
So, sepanjang membesar sampai sekarang, saya belajar sedikit demi sedikit tentang crochet.
Sebenarnya, baru-baru tahun lepas juga saya menggiatkan diri dalam crochet setelah lama tidak mengait. Saya belajar bagaimana membuat pattern-pattern baru daripada video di Youtube. Thanks to my mum again. Sebab, apabila saya mempunyai basic saya rasa senang untuk belajar lebih lanjut lagi..hehehehe..so, sedikit demi sedikit ada peningkatan yang berlaku pada saya...:PP..

 Ni hasil yang saya buat. Tidaklah cantik sangat pun. Cuma, saya berbangga dapat hasilkan sampai sebegini...:D

Oklah..
Nanti saya akan update lagi di masa-masa akan datang k..

Sehingga berjumpa lagi..:)

Birthday Girl!!

Facebook jadi 'abnormal' sebab mungkin rakan-rakan fb post wish masing-masing. Geez! But, I want to thank to Facebook because keep remind to all my fellow friends about my birthday..hahahaha!! Kalau tidak, sudah tentu jadi 'Forever Alone'..hahahaha!!

Actually, saya sedang tunggu kalau-kalau si dia bangun dan ucapkan 'Happy Birthday' kepada saya..(arghh! jangan mimpilah!)

Maybe, saya ni sedikit 'childish' jika dibandingkan dengan rakan sebaya waima adik-beradik saya sendiri. Orang cakap saya ni 'Happy go lucky' macam tu lah. Tapi, saya sebenarnya suka buat orang disekeliling saya happy. Tapi, bukan mau impress la..tu lain sudah tu..huaahuaa..

Oh..ada lagi. Sekarang ni bulan sedang mengembang. Erm..antara lain maksudnya iklim lembap lah..hahahaha! So, sebagai perempuan, sudah tentu tidak lari perasaan moody, mudah tersinggung, sensitif dan macam-macam lagi. Saya mau ingatkan sedia, jangan cuba-cuba cari pasal dengan saya masa-masa macam ni OK?hahaha.....

Macam mata berat sudah ni...belum-belum juga dia ucap..wuwuwuwu.....~~~
Tidak apa lah..saya ok saja :D

good nite everyone! God bless u :D

Menanti Detik itu Tiba..

Semasa saya menaip entry ni, dalam masa 7 minit lagi, umur saya akan lebih tua setahun daripada hari ini. Saya sangat bersyukur, kerana pada hari ini, saat ini, saya masih mampu bernafas dan mampu hidup lagi. Terima kasih Tuhan! Rasa sangat-sangat diberkati Tuhan..:D
Dalam beberapa minit lagi, saya akan menempuhi satu fasa umur yang baru bagi saya iaitu alam 20-an, dan yang pastinya, 20 itulah permulaan hidup sebagai insan yang lebih matang, berfikiran matang, berkelakuan matang..dan semuanya matang! Hahaha.. I guess, tidaklah semua kena matang.. Kena bergantung pada keadaan...

Ohya, sepanjang hari ni, memang agak jarang berhubung dengan si dia. Mungkin sebab saya sibuk dengan kuliah dan dia juga sibuk dengan kerjanya. Yalah, berpraktikal ni kena tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja-kerja di pejabat dan di tapak yang perlu dilawati setiap hari..
Petang tadi kira-kira jam 7.00pm, saya menelefon si dia. Sedikit hampa bila dia tinggikan suara. Rupanya, dia sedang membaiki tayar kereta jirannya. Mungkin dia tidak begitu selesa bila saya menghubunginya dikala dia sedang sibuk dan stress dengan 'kerja' dia itu. Saya cuba pujuk hati dan berkata dalam hati, " Tidak apa.. Mungkin dia sedang sibuk..".Malamnya, saya ke CF. Selepas balik dari CF, saya menerima sms yang dia sudah pun tidur. Saya sangka dia akan tunggu saya.. Rupanya?
Tidak apa lah. Saya faham kalau dia itu letih kerana tugas harian. Sudah tentu dia kena awal tidur. Saya faham...Saya faham :')......

...Tetapi, sebenarnya, hati kecil saya merintih...Sukar untuk gambarkan perasaan bila dilakukan seperti ni. Tapi, apapun, saya kena kuat dan tabah!
Saya tidak mudah jatuh dan kecil hati sebab perkara macam ini saja (saya kan jenis yang tabah...:') Jia Yao!!

dan...... Yeahhhh!!!the time is coming..!!!

Happy Birthday to me!!
Semoga ceria selalu, sihat selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan sama ada yang besar atau kecil (ntah apa2 la)...dan semuanya baik-baik..:D