God's creatures...

God's creatures...
Sentiasalah dan tetaplah bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang kita miliki di dunia ini. Ianya hanya sementara, dan tiba masa nanti ia akan pergi kerana tiada istilah kekal di dunia ini...:D

Thursday 7 March 2013

KOT-20 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan  (KOT) kali ke-20 pada tahun 2013 ni diadakan di kampus saya pada 5,6 dan 7 Mac 2013. Masa ni lah saya banyak membantu rakan-rakan sekelas dengan membuka gerai jualan bagi menampung perbelanjaan kami ke Singapura kelak. Fuh! Memang berbaloi kepenatan dan kesibukan yang saya alami. Sebabnya, untung yang kami dapat memang banyak. Kebab, Cendawan Goreng, Cincau dan sebagainya menjadi menu jualan kami. Memang hebat... Bagi saya yang tidak pernah menjual makanan apatah lagi di gerai. Inilah antara pengalaman saya yang paling syok. Seronok dapat bersama-sama kawan-kawan melakukan kerja dan akhirnya mendapat pulangan yang lumayan juga. Sangat bersyukur kerana mendapat rakan-rakan yang saling bantu-membantu dan mengambil berat walaupun kadangkala ada segelintir yang @#$%^&*..Hahahahah!
KOT kali ni sudah tentulah saya and the gang yang menyanyikan lagu perasmian KOT. Kali ni, masuk tahun ketiga saya menjadi penyanyi jemputan tidak bergaji di tengah padang di bawah panas terik matahari. Fuh! Sabar sajalah. Bukan tidak sudi dan tidak mahu, tetapi sekurang-kurangnya saya diberi penghargaan...Tidak kisahlah dari segi bentuk apapun. Asalkan ikhlas..Hahaha! Bukan apa, cuma kadangkala saya rasakan diri ni macam alat yang apabila perlu akan dipanggil dan tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Hei.. Entahlah!
Semenjak insiden hari itu, saya rasa hidup semakin tidak seronok. Macam ada saja yang tidak kena. Itu tidak kena, ini tidak kena. Entahlah..Heiii! Rasa bersalah tu memang sentiasa ada. Kalau orang cakap, " Lupakan kisah yang lepas, tidak ada gunanya mengenang kejadian yang telah berlaku..", tetapi bagi saya, saya sukar lupakan kisah lalu. Apatah lagi jika kejadian tu benar-benar menyentuh perasaan dan tetap dalam ingatan. Hmm..Susahnya jadi anak mummy ni. Semua pun saya ikut dari mummy. Mummy ni jenis orang yang sukar lupakan benda-benda lama. Apatah lagi perbuatan atau kelakuan orang lain yang menyakitkan hati dia..Isk3!
Okaylah, saya mahu rehatkan badan dan tenangkan minda...Mau tidur dulu k. XOXO!