God's creatures...

God's creatures...
Sentiasalah dan tetaplah bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang kita miliki di dunia ini. Ianya hanya sementara, dan tiba masa nanti ia akan pergi kerana tiada istilah kekal di dunia ini...:D

Thursday 9 August 2012

sangat letih..beberapa hari ni, saya dgn rakan sekumpulan Literasi Bahasa bertungkus lumus menyiapkan tugasan kami..fuh!!!
jarang berhubung dengan si dia lagi. sebabnya, saya sangat sibuk....
xpa,berususah2 dahulu kan?hehehe...

11 hari lagi balik kg..oh yeahh!!

miss u so much...!! >_<

Wednesday 8 August 2012

Assignment,assignment dan assignment lagi..

hai..hari ni saya awal bangun macam biasa. bersedia ke kuliah. kelas hari ni sedikit sahaja.ada lecturer yang tidak ada.kami pun anjak la kelas2 yang ada pada hari ni. so, awal habis kelas..hehehe..
habis ja kelas, saya balik ke bilik dan terus buat assignment yang perlu dihantar sebelum cuti menjelang. fuh!! memang penat la..
tambah penat dan letih layan karenah si dia..aduhh!

ok lah..tu saja untuk hari ini..banyak kerja kena siapkan hehehe..

bye..sehingga berjumpa lagi :D

Friday 3 August 2012

Saya & Crochet

Hai,semua... :D Apa khabar hari ini? Semoga semuanya sihat dan ceria.
Kali ni saya mahu ceritakan sedikit berkaitan dengan pengalaman dan kegemaran saya iaitu 'crochet' atau dalam bahasa Melayu, 'kursye'. Saya telah berjinak-jinak dengan crochet semenjak berumur 7 tahun. Sekarang umur sudah masuk 20 tahun! Dan, saya rasa sangat bersyukur kerana kalau bukan tunjuk ajar emak saya dahulu, saya tidak dapat pergi sejauh ini dalam bidang mengait :D..
Masih saya ingat lagi masa itu, emak saya sangat suka mengait alas meja, alas televisyen dan sebagainya. Manakala, saya pula pada waktu itu hanya 'membantu' mengait 'chain' atau rantai sahaja..hahahaha..Saya bukannya membantu, cuma cuba-cuba mengait rantai menggunakan benang yang telah dibuang atau tidak digunakan oleh emak saya lagi.
Pada mulanya, amat janggal untuk mengait, tetapi tidak lama kemudian, dalam masa beberapa hari sahaja saya dapat menyesuaikan diri dengan jarum kait dan benang kait. Apa lagi, saya pun mulalah membuat rantai yang panjang daripada benang yang masih lagi digunakan oleh emak saya. Oleh kerana saya tidak berhenti dan kelihatan amat berminat dengannya, dan mungkin emak saya lihat saya amat berminat dengan mengait ini, emak saya pun mengajar sedikit demi sedikit sehinggalah saya pandai...bukan pandai apapun. Cuma pada waktu itu, emak saya hanya mengetahui step 'Double crochet' dan 'Triple crochet' sahaja. Tapi, thanks to my mum. Sebab, kalau bukan kerana beliau yang mengajar saya asas mengait ini, sudah tentu saya tidak tahu sampai sekarang, dan mungkin amat sukar untuk belajar kalaupun saya bermula dari sekarang...Kan?hehehe..
So, sepanjang membesar sampai sekarang, saya belajar sedikit demi sedikit tentang crochet.
Sebenarnya, baru-baru tahun lepas juga saya menggiatkan diri dalam crochet setelah lama tidak mengait. Saya belajar bagaimana membuat pattern-pattern baru daripada video di Youtube. Thanks to my mum again. Sebab, apabila saya mempunyai basic saya rasa senang untuk belajar lebih lanjut lagi..hehehehe..so, sedikit demi sedikit ada peningkatan yang berlaku pada saya...:PP..

 Ni hasil yang saya buat. Tidaklah cantik sangat pun. Cuma, saya berbangga dapat hasilkan sampai sebegini...:D

Oklah..
Nanti saya akan update lagi di masa-masa akan datang k..

Sehingga berjumpa lagi..:)

Birthday Girl!!

Facebook jadi 'abnormal' sebab mungkin rakan-rakan fb post wish masing-masing. Geez! But, I want to thank to Facebook because keep remind to all my fellow friends about my birthday..hahahaha!! Kalau tidak, sudah tentu jadi 'Forever Alone'..hahahaha!!

Actually, saya sedang tunggu kalau-kalau si dia bangun dan ucapkan 'Happy Birthday' kepada saya..(arghh! jangan mimpilah!)

Maybe, saya ni sedikit 'childish' jika dibandingkan dengan rakan sebaya waima adik-beradik saya sendiri. Orang cakap saya ni 'Happy go lucky' macam tu lah. Tapi, saya sebenarnya suka buat orang disekeliling saya happy. Tapi, bukan mau impress la..tu lain sudah tu..huaahuaa..

Oh..ada lagi. Sekarang ni bulan sedang mengembang. Erm..antara lain maksudnya iklim lembap lah..hahahaha! So, sebagai perempuan, sudah tentu tidak lari perasaan moody, mudah tersinggung, sensitif dan macam-macam lagi. Saya mau ingatkan sedia, jangan cuba-cuba cari pasal dengan saya masa-masa macam ni OK?hahaha.....

Macam mata berat sudah ni...belum-belum juga dia ucap..wuwuwuwu.....~~~
Tidak apa lah..saya ok saja :D

good nite everyone! God bless u :D

Menanti Detik itu Tiba..

Semasa saya menaip entry ni, dalam masa 7 minit lagi, umur saya akan lebih tua setahun daripada hari ini. Saya sangat bersyukur, kerana pada hari ini, saat ini, saya masih mampu bernafas dan mampu hidup lagi. Terima kasih Tuhan! Rasa sangat-sangat diberkati Tuhan..:D
Dalam beberapa minit lagi, saya akan menempuhi satu fasa umur yang baru bagi saya iaitu alam 20-an, dan yang pastinya, 20 itulah permulaan hidup sebagai insan yang lebih matang, berfikiran matang, berkelakuan matang..dan semuanya matang! Hahaha.. I guess, tidaklah semua kena matang.. Kena bergantung pada keadaan...

Ohya, sepanjang hari ni, memang agak jarang berhubung dengan si dia. Mungkin sebab saya sibuk dengan kuliah dan dia juga sibuk dengan kerjanya. Yalah, berpraktikal ni kena tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja-kerja di pejabat dan di tapak yang perlu dilawati setiap hari..
Petang tadi kira-kira jam 7.00pm, saya menelefon si dia. Sedikit hampa bila dia tinggikan suara. Rupanya, dia sedang membaiki tayar kereta jirannya. Mungkin dia tidak begitu selesa bila saya menghubunginya dikala dia sedang sibuk dan stress dengan 'kerja' dia itu. Saya cuba pujuk hati dan berkata dalam hati, " Tidak apa.. Mungkin dia sedang sibuk..".Malamnya, saya ke CF. Selepas balik dari CF, saya menerima sms yang dia sudah pun tidur. Saya sangka dia akan tunggu saya.. Rupanya?
Tidak apa lah. Saya faham kalau dia itu letih kerana tugas harian. Sudah tentu dia kena awal tidur. Saya faham...Saya faham :')......

...Tetapi, sebenarnya, hati kecil saya merintih...Sukar untuk gambarkan perasaan bila dilakukan seperti ni. Tapi, apapun, saya kena kuat dan tabah!
Saya tidak mudah jatuh dan kecil hati sebab perkara macam ini saja (saya kan jenis yang tabah...:') Jia Yao!!

dan...... Yeahhhh!!!the time is coming..!!!

Happy Birthday to me!!
Semoga ceria selalu, sihat selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan sama ada yang besar atau kecil (ntah apa2 la)...dan semuanya baik-baik..:D

Thursday 2 August 2012

Bila siap Assignment :D

Apa yang paling menggembirakan masa hidup dekat maktab ni ialah bila semua assignment siap. Sebab, tidak perlu bersekang mata tiap malam menyiapkan assignment, tidak perlu bersusah payah cari bahan dan idea daripada internet yang tidak seberapa dan entah betul entah tidak isinya...dan YEAHHH!! baru satu assignment siap daripada enam assignment yang perlu disiapkan...hoyehh!! Gambateh...

<3

Kuliah Khamis :)

mat petang :)
Hari Khamis ni memang agak letih..sebab kuliah PJM (pendidikan jasmani) pagi dan petang. Kali ni, tugasan PJM kami berkaitan dengan Permainan Kecil. Kumpulan saya boleh dikatakan agak berjaya dalam menghasilkan satu permainan. Permainan ni diubah suai daripada permainan yang selalu dimainkan masa kecil-kecil dulu iaitu permainan 'Humban Kaki' atau lebih dikenali di kawasan sini, 'Bola Beracun ' (semenanjung...mungkin la...)..best permainan ni hehehehe...
Istilah 'Humban Kaki' lebih popular di negeri kelahiran saya iaitu Sabah...(rindu pula di kg :(..)
So, kami ubah suai sikit permainan ni..kira best juga la :DD
fuhhh!!tapi memang penat gila la...kesian juga tengok kawan-kawan Muslim. Bulan puasa ni sepatutnya jangan banyak sangat bergerak..nanti cepat letih dan haus..tapi dorang lain pula. Main sakan nampak...hahahha..(jahatnya :P)
Tapi, yang pasti memang best,sebab dapat main sama-sama dengan rakan sekelas. Sebab boring sangat asyik terperuk dalam bilik kuliah. So, ok juga la :D
Masuk minggu ni, kena banyak siapkan kerja-kerja assignment yang diberikan pensyarah.Fuhh!! Susah beb! Mahu cari bahan, tapi apakan daya.. Saya ini anak kampung. Broadband pun tiada..hahahaha..so, kebanyakan bahan selalunya kena BLOCK! huhh! sabar saja la..
ok..sampai sini saja kali ni..

#rindu mummy, daddy, abang dan adik2...huaaaa :(

Hai August, Bye July :D

Hai.. Hari ini hari pertama saya menggunakan Blog ini..(sebenarnya blog ini yang kedua). Nantikan post2 saya yang akan datang...hehehehe..saya sedang memperbaiki lagi blog saya ni..erm..okai..next time cerita yang lebih panjang lagi keyyy..!!tata..<3