God's creatures...

God's creatures...
Sentiasalah dan tetaplah bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang kita miliki di dunia ini. Ianya hanya sementara, dan tiba masa nanti ia akan pergi kerana tiada istilah kekal di dunia ini...:D

Friday 3 August 2012

Saya & Crochet

Hai,semua... :D Apa khabar hari ini? Semoga semuanya sihat dan ceria.
Kali ni saya mahu ceritakan sedikit berkaitan dengan pengalaman dan kegemaran saya iaitu 'crochet' atau dalam bahasa Melayu, 'kursye'. Saya telah berjinak-jinak dengan crochet semenjak berumur 7 tahun. Sekarang umur sudah masuk 20 tahun! Dan, saya rasa sangat bersyukur kerana kalau bukan tunjuk ajar emak saya dahulu, saya tidak dapat pergi sejauh ini dalam bidang mengait :D..
Masih saya ingat lagi masa itu, emak saya sangat suka mengait alas meja, alas televisyen dan sebagainya. Manakala, saya pula pada waktu itu hanya 'membantu' mengait 'chain' atau rantai sahaja..hahahaha..Saya bukannya membantu, cuma cuba-cuba mengait rantai menggunakan benang yang telah dibuang atau tidak digunakan oleh emak saya lagi.
Pada mulanya, amat janggal untuk mengait, tetapi tidak lama kemudian, dalam masa beberapa hari sahaja saya dapat menyesuaikan diri dengan jarum kait dan benang kait. Apa lagi, saya pun mulalah membuat rantai yang panjang daripada benang yang masih lagi digunakan oleh emak saya. Oleh kerana saya tidak berhenti dan kelihatan amat berminat dengannya, dan mungkin emak saya lihat saya amat berminat dengan mengait ini, emak saya pun mengajar sedikit demi sedikit sehinggalah saya pandai...bukan pandai apapun. Cuma pada waktu itu, emak saya hanya mengetahui step 'Double crochet' dan 'Triple crochet' sahaja. Tapi, thanks to my mum. Sebab, kalau bukan kerana beliau yang mengajar saya asas mengait ini, sudah tentu saya tidak tahu sampai sekarang, dan mungkin amat sukar untuk belajar kalaupun saya bermula dari sekarang...Kan?hehehe..
So, sepanjang membesar sampai sekarang, saya belajar sedikit demi sedikit tentang crochet.
Sebenarnya, baru-baru tahun lepas juga saya menggiatkan diri dalam crochet setelah lama tidak mengait. Saya belajar bagaimana membuat pattern-pattern baru daripada video di Youtube. Thanks to my mum again. Sebab, apabila saya mempunyai basic saya rasa senang untuk belajar lebih lanjut lagi..hehehehe..so, sedikit demi sedikit ada peningkatan yang berlaku pada saya...:PP..

 Ni hasil yang saya buat. Tidaklah cantik sangat pun. Cuma, saya berbangga dapat hasilkan sampai sebegini...:D

Oklah..
Nanti saya akan update lagi di masa-masa akan datang k..

Sehingga berjumpa lagi..:)

No comments:

Post a Comment