God's creatures...

God's creatures...
Sentiasalah dan tetaplah bersyukur kepada Tuhan dengan apa yang kita miliki di dunia ini. Ianya hanya sementara, dan tiba masa nanti ia akan pergi kerana tiada istilah kekal di dunia ini...:D

Friday, 3 August 2012

Menanti Detik itu Tiba..

Semasa saya menaip entry ni, dalam masa 7 minit lagi, umur saya akan lebih tua setahun daripada hari ini. Saya sangat bersyukur, kerana pada hari ini, saat ini, saya masih mampu bernafas dan mampu hidup lagi. Terima kasih Tuhan! Rasa sangat-sangat diberkati Tuhan..:D
Dalam beberapa minit lagi, saya akan menempuhi satu fasa umur yang baru bagi saya iaitu alam 20-an, dan yang pastinya, 20 itulah permulaan hidup sebagai insan yang lebih matang, berfikiran matang, berkelakuan matang..dan semuanya matang! Hahaha.. I guess, tidaklah semua kena matang.. Kena bergantung pada keadaan...

Ohya, sepanjang hari ni, memang agak jarang berhubung dengan si dia. Mungkin sebab saya sibuk dengan kuliah dan dia juga sibuk dengan kerjanya. Yalah, berpraktikal ni kena tumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerja-kerja di pejabat dan di tapak yang perlu dilawati setiap hari..
Petang tadi kira-kira jam 7.00pm, saya menelefon si dia. Sedikit hampa bila dia tinggikan suara. Rupanya, dia sedang membaiki tayar kereta jirannya. Mungkin dia tidak begitu selesa bila saya menghubunginya dikala dia sedang sibuk dan stress dengan 'kerja' dia itu. Saya cuba pujuk hati dan berkata dalam hati, " Tidak apa.. Mungkin dia sedang sibuk..".Malamnya, saya ke CF. Selepas balik dari CF, saya menerima sms yang dia sudah pun tidur. Saya sangka dia akan tunggu saya.. Rupanya?
Tidak apa lah. Saya faham kalau dia itu letih kerana tugas harian. Sudah tentu dia kena awal tidur. Saya faham...Saya faham :')......

...Tetapi, sebenarnya, hati kecil saya merintih...Sukar untuk gambarkan perasaan bila dilakukan seperti ni. Tapi, apapun, saya kena kuat dan tabah!
Saya tidak mudah jatuh dan kecil hati sebab perkara macam ini saja (saya kan jenis yang tabah...:') Jia Yao!!

dan...... Yeahhhh!!!the time is coming..!!!

Happy Birthday to me!!
Semoga ceria selalu, sihat selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan sama ada yang besar atau kecil (ntah apa2 la)...dan semuanya baik-baik..:D

No comments:

Post a Comment